Tuesday, February 26, 2019

KENANGAN BUDAK FLAT

6 OKTOBER 2018 - Jalan Seri Permaisuri


semua orang ada kenangan pahit manis tersendiri kan? siapa je yang tak ada? so kat sini KetyNakShare dengan korang berkaitan dengan budak budak flat yang Kety sayangi. 

Kalau dah nama budak flat mesti kat kepala fikir budak budak nakal yang suka melepak sampai malam, suka buat bising, kutu malam, mak ayah tak ambil port. kan kan?

Dalam entri Kety ni, ya, memang dorang perangai macam tu pun. Tapi tak semua perkara di atas tak mendatangkan hasil atau langsung tak boleh di ubah. boleh.. dorang semua membesar depan Kety.

Okay, apa yg KetyNakShare kenangan kali ni? TADAAAA..... yang ni budak budak futsal flat. yg memangnya asal semua duduk flat. dalam nakal dorang ada juga rasa nak cari duit untuk teruskan hidup. yang ni gambar sebelum game.




yang ni gambar masa tengah game.. berbakat besar dorang ni, pergi jauh. 



dah struggle sampai nak gila, masatu pun bawa 5 orang cun cun main, kesian tengok dorang time tu. penat betul. sebab tak ada pertukaran pemainkan. tapi sangat okaylah bila struggle separuh mati, ada hasilnyaaaaaaa....



haaaaaa tu dia barisan pemain handal kita, menang weh! nombor satu. main kat tempat orang memang banyak protes dibuatnya, ada yang kacau mental pemain pemain kita. tapi dorang buat rileks je sebab tempat orang kan. apa pun tahniah kepada korang. ada yang tengah menunggu untuk dipanggil main lagi jauh, ada yang sedang bekerja. sabtu dan ahad sahaja masa terluang mereka ada untuk menyatukan balik hobi emas dorang ni..

sekitar gambar gambar candid selepas game.. 






sekian sahaja coretan sis. semoga adik adik saya ni sentiasa murah rezeki. aaamin