Sunday, May 17, 2020

SUKU BIDAYUH (PAKAIAN TRADISIONAL)

Hi semua! Harini KetyNakShare lagi tentang pakaian tradisional kaum Bidayuh pula. Entri kalini quite simple. Semoga dapat perkara baru 😁✌

Untuk pengetahuan korang, warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. 

Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini. Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. 

Betapa pentingnya variasi untuk membezakan suku kaum yang berkenaan. Best tau explore kaum Sarawak ni. Jumpa lagi di lain entri! Bye. 

Thursday, May 14, 2020

SUKU BIDAYUH. (PENGENALAN)

Hi korang, lama jugak Kety tak share dalam blog ni. Okay harini KetyNakShare something yang Kety rasa korang kena tahu jugak, terutamanya orang Semenanjung yang nak tahu tentang culture Borneo ni. Korang tahu Borneo adalah dua negeri yang terpisah dari Semenanjungkan? Iaitu Sabah dan Sarawak. Entri Kety kali ni, kita pergi ke Sarawak. Ada yang tak tahu negeri bumi kenyalang ni terdapat pelbagai jenis kaum dan tradisi. So harini Kety nak tekankan adalah berkaitan dengan suku kaum BIDAYUH (DAYAK). Kenapa Dayak? Sebab suku kaum ni yang Kety banyak buat research and Kety rasa Kety perlu share dengan pembaca. 

p/s : lagipun suami Kety dari negeri dan kaum yang diceritakan. Hihi, jangan mareeee nanti kena mokos! 

Sebelum Kety mulakan, bagi yang membaca entri Kety ni, Kety nak terangkan sikit berkaitan apa itu Kaum Bidayuh. 

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching, dan di barat Kalimantan.

Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu:
  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)
  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian.

Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu susah untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. 

 

Seronok bila dapat tahu culture negeri lain. Nanti Kety share lagi di lain entri. 

Sumber gambar : google.