p/s : lagipun suami Kety dari negeri dan kaum yang diceritakan. Hihi, jangan mareeee nanti kena mokos!
Sebelum Kety mulakan, bagi yang membaca entri Kety ni, Kety nak terangkan sikit berkaitan apa itu Kaum Bidayuh.
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching, dan di barat Kalimantan.
Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu:
- Selakau/Lara (Daerah Lundu)
- Jagoi/Singai (Daerah Bau)
- Biatah (Daerah Kecil Padawan)
- Bukar/Sadong (Daerah Serian)
- Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian.
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu susah untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak.
Seronok bila dapat tahu culture negeri lain. Nanti Kety share lagi di lain entri.
Sumber gambar : google.
No comments:
Post a Comment